Loading...

Thursday, November 10, 2011

TEKS MC MAJLIS PERKAHWINAN

TEKS PENGACARA MAJLIS PERKAHWINAN
YASMIN RAIHANA BINTI RAMLAN & MOHD KHAIRUL BIN NEJIB
PADA 12 NOVEMBER 2011 DI DEWAN TNB,KEMPAS JOHOR

( KOMPANG DIMAINKAN)

ANAK CINA MEMASANG LUKAH
LUKAH DIPASANG DI TANJUNG SELASIH
PASANGAN PENGANTIN SEGAK MELANGKAH
MARA MENUJU MAHLIGAI KASIH

TUAN-TUAN,PUAN-PUAN DAN PARA HADIRIN SEKALIAN
MENGUMUMKAN PERARAKAN MASUK MEMPELAI YANG DIRAIKAN YASMIN RAIHANA BINTI RAMLAN DAN PASANGANNYA MOHD KHAIRUL BIN NEJIB DENGAN DIIRINGI PARA ROMBONGAN MEMASUKI DEWAN UTAMA.
MAJLIS MEMPERSILAKAN AHLI KELUARGA DAN PARA ROMBONGAN
UNTUK DUDUK DI TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN.DIPERSILAKAN....

( PENGANTIN DUDUK DI PELAMIN)

DARI RAUB PERGI KE PONTIAN
TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERIKAN PERHATIAN
MOHON SAYA MULAKAN MAJLIS

BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

HARI INI MENUGAL JAGUNG
HARI ESOK MEMINTAL TALI
HARI INI KITA BERKAMPUNG
MERAIKAN MEMPELAI DUA SEJOLI

DI MALAM HARI TERANG SENEGERI
MEMBERI CAHAYA DI TENGAH BALAI
MAJLIS INDAH BERTAMBAH SERI
UNTUK MERAIKAN KEDUA MEMPELAI

YANG DI HORMATI EN RAMLAN BIN HJ MOHD SAID DAN PN NAIMAH BINTI YUNOS SELAKU TUAN RUMAH KEPADA MAJLIS PERKAHWINAN PADA HARI INI,
YANG DI RAIKAN PASANGAN MEMPELAI YASMIN RAIHANA BINTI RAMLAN DAN MOHD KHAIRUL BIN NEJIB ,AHLI KELUARGA,SAUDARA MARA,AHLI ROMBONGAN,RAKAN-RAKAN KEDUA MEMPELAI,HADIRIN HADIRAT DAN PARA TETAMU SEKA
MAJLIS DENGAN INI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA HADIRIN KERANA SUDI BERSAMA DENGAN KAMI DI MAJLIS PERSANDINGAN YASMIN RAIHANA BINTI RAMLAN DAN MOHD KAIRUL BIN NEJIB.

MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG
MERBAH BERKICAU DI HUJUNG MUARA
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

BURUNG NURI HINGGAP DI BALAI
BALAI SERI BUATAN PAK TUA
TEMPAT BEREHAT RAKAN DAN TAULAN
DUDUK TERSENYUM KEDUA MEMPELAI
MENADAH TANGAN MEMANJATKAN DOA
MOGA JODOH SENTIASA BERKEKALAN

BAGI MEMOHON RESTU DAN JUGA KEBERKATAN DARI YANG BERKEKALAN DARI TUHAN YANG MAHA ESA,MARILAH KITA SAMA-SAMA MENADAH KEDUA BELAH TANGAN MEMOHON DOA KE HADRAT ALLAH S.W.T.SEMOGA MAJLIS INI MENDAPAT KEBERKATAN DAN SENTIASA DIDALAM KEREDAANNYA.BAGI MENYEMPURNAKAN HASRAT INI,MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT ________________________UNTUK MEMIMPIN BACAAN
DOA.DIPERSILAKAN__________________

- BACAAN DOA –

TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA ____________________ ATAS KESUDIAN MEMBACAKAN DOA ITU TADI.

MOHD KHAIRUL NAMA DI BERI
ORANGNYA KACAK LAGI BERBUDI
JODOHNYA DENGAN YASMIN RAIHANA
MEMANG KEDUANYA SAMA SERASI
BAK KATA BERDIRI SAMA TINGGI
DUDUK SAMA RENDAHNYA
BURUNG JELATIK SI BURUNG UNDAN
BERSARANG RENDAH BURUNG TEMPUA
SAMA CANTIK SAMA PADAN
BAGAIKAN PINANG DI BELAH DUA

UNTUK MAKLUMAN PARA HADIRIN SEKALIAN,PASANGAN INI TELAH DI IJABKABULKAN PADA HARI JUMAAT ,11 NOVEMBER 2011 YANG BERTEMPAT DI KEDIAMAN PENGANTIN PEREMPUAN DI BANDAR BARU UDA.JOHOR

ORANG JAUH DI KENANG-KENANG
HANYA TERKENANG PADA YANG SATU
MULA BERKENALAN KEMUDIAN BERTUNANG
AKAD DILAKSANA SAMA BERSATU

ANAK CINA MENGAIL PATIN
MENGAIL PATIN DITEPI TITI
SENYUM TERUKIR PASANGAN PENGANTIN
TANDA GEMBIRA PENUH DI HATI

ATURCARA MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN UPACARA MENEPUNG TAWAR KEDUA MEMPELAI. DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN AYAHANDA DAN BONDA KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN EN RAMLAN BIN HJ MOHD SAID DAN PN NAIMAH BINTI YUNOS UNTUK MEMULAKAN MAJLIS, DIPERSILAKAN...

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN,

1.________________________________________________
2.________________________________________________
3.________________________________________________
4.________________________________________________
5.________________________________________________

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MEMPERSILAKAN AYAHANDA DAN BONDA KEPADA PENGANTIN LELAKI EN MD ZIN BIN MOHD TAIB DAN PN ROMINAH BINTI GARIP UNTUK MENERUSKAN UPACARA MENEPUNG TAWAR KEDUA MEMPELAI,DIPERSILAKAN..

SETERUSNYA MAJLIS JUGA MEMPERSILAKAN
1.________________________________________
2.________________________________________
3.________________________________________
4.________________________________________
5.________________________________________

BEGITULAH TADI BERAKHIRNYA UPACARA MENEPUNG TAWAR KEDUA MEMPELAI,DAN MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI MENYEMPURNAKAN MAJLIS..

PUAN DIBAWA KE GUNUNG LEDANG
DIBAWA PENUH DENGAN BERADAB
PINGGAN MANGKUK TELAH TERHIDANG
KINI MASA MAKAN BERADAB

JANGAN MALU JANGANLAH SEGAN
JUADAH HIDANGAN HARAP DIMAKAN
KALAU ADA YANG TAK SAMPAI TANGAN
SAMA-SAMALAH HULUR-HULURKAN

KINI MAJLIS MEMPERSILAKAN,YANG DIRAIKAN RAJA DAN RATU SEHARI,YASMIN RAIHANA BINTI RAMLAN DAN MOHD KHAIRUL BIN NEJIB UNTUK KE MEJA UTAMA UNTUK UPACARA MAKAN DAMAI BERSAMA DENGAN AHLI KELUARGA DAN PARA ROMBONGAN,DIPERSILAKAN...

-( PENGANTIN TURUN DARI PELAMIN DAN KE MEJA MAKAN BERADAB)-

SEMERBAK BUNGA SEROJA
DIBELAI DARA PINGGITAN
LAUK PAUK PENUH SEMEJA
JEMPUT MEMPELAI MENIKMATI HIDANGAN

MAKAN BERDAMAI DI BERI NAMA
MENJADI ADAT PUSAKA KITA
AYAHANDA DAN BONDA KELUARGA KEDUA-DUANYA
DUDUK SEMEJA MAKAN BERSAMA

DENGAN BACAAN BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM,DIPERSILAKAN MEMPELAI DAN PARA HADIRIN MENIKMATI SEGALA HIDANGAN.DIPERSILAKAN

-MEMPELAI DAN PARA HADIRIN MENJAMU SELERA –

HARI BAHGIA HARI YANG INDAH
DIMANA HARI,PENGANTIN DISATUKAN
MAKAN BERADAB SELESAI SUDAH
ATURCARA MAJLIS AKAN DI TERUSKAN

MAJLIS AKAN DITERUSKAN DENGAN UPACARA MEMOTONG KEK,DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN MEMPELAI YANG DIRAIKAN YASMIN RAIHANA BINTI RAMLAN DAN MOHD KHAIRUL BIN NEJIB UNTUK MENGAMBIL TEMPAT BAGI MENYEMPURNAKAN UPACARA.DIPERSILAKAN...
- MEMPELAI MEMOTONG KEK DENGAN DIIRINGI LAGU ROMANTIK-

BEGITULAH SEMPURNANYA UPACARA MEMOTONG KEK OLEH PASANGAN DUA SEJOLI INI.

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU SEMEMANGNYA MEMERLUKAN KEPADA CINTA.KERANA CINTA ITU MENJADIKAN HIDUP MANUSIA LEBIH BERMAKNA,BAHAGIA,SEMPURNA APATAH LAGI MELALUI IKATAN PERKAHWINAN YANG DI TUNTUT AGAMA.

TUAN-TUAN,PUAN-PUAN DAN PARA HADIRIN SEKALIAN,
MAJLIS MEMPERSILAKAN KEDUA MEMPELAI UNTUK KEMBALI KE PELAMIN UNTUK KITA TERUSKAN DENGAN SESI FOTOGRAFI BERSAMA DENGAN AHLI KELUARGA KEDUA-DUA BELAH PIHAK.

TIUP SERUNAI DIATAS KOTA
UDA MEMUPUK BUNGA MELATI
MULA KENAL KEMUDIAN BERCINTA
CINTA TERSEMAI DIDALAM HATI

INILAH YANG DIKATAKAN UMPAMA BELAYAR TELAH SAMPAI DI PELABUHAN
UMPAMA BERKAYUH TELAH SAMPAI DI MUARA
UMPAMA BERJALAN TELAH SAMPAI KE DESTINASI

TIADA UNTAIAN KATA YANG MAMPU DILAFAZKAN SELAIN UNGKAPAN RASA SYUKUR DAN UCAPAN
TERIMA KASIH YANG TULUS IKHLAS DARIPADA RAJA SEHARI DAN AHLI KELUARGA BUAT SEMUA,ATAS KESUDIAN HADIR DAN MEMERIAHKAN MAJLIS PERSANDINGAN PADA HARI INI.

TANAM LAGUNA TUMBUH KELAPA
TERBIT BUNGA PUCUKNYA MATI
BUDI SEMUA TAK KAMI LUPA
SUDAH TERPAKU DI DALAM HATI

TUAN PUTERI TERSENYUM-SENYUM
MELIHAT LAKSAMANA BERMAIN RODAT
SENYUM-SENYUM JANGAN TAK SENYUM
SUDAH SEMPURNA SEGALA ADAT

PERGI KE DUSUN MEMETIK KELAPA
KELAPA MUDA SI KELAPA BARLI
JARI DI SUSUN MAAF DI PINTA
PANJANG USIA BERSUA KEMBALI

SELESAILAH SUDAH MAJLIS PADA HARI INI,SAYA MOHD NORIZWAN BIN MAHADI INGIN MEMOHON SERIBU KEMAAFAN JIKA SEPANJANG SAYA MENGACARAKAN MAJLIS INI,TERDAPAT KEKURANGAN DAN TERLANJUR KATA.YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH TAALA DAN YANG BURUK DATANGNYA DARI SAYA SENDIRI.
SAYA JUGA MEWAKILI PIHAK TUAN RUMAH INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR BERSAMA DENGAN KAMI DAN KEDATANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN AMAT KAMI HARGAI.
JUMPA LAGI DI MASA AKAN DATANG,
WABILLAH HI TAUFIQ WALHIDAYAH,WASSALAMUALAIKUM W.B.T

PENGACARA MAJLIS :MOHD NORIZWAN BIN MAHADI ( DJ WAN )
TEKS DISEDIKAN OLEH :MOHD NORIZWAN BIN MAHADI











1 comment:

  1. Salam..mohon izin untuk jadikan teks ini sebagai rujukan..terima kasih..:)

    ReplyDelete